Telekom Malaysia Mengemaskini Harga Pakej Streamyx, TMgo Dan UniFi Dengan Penyertaan Caj GST

Monday 11 January 2016

Telekom Malaysia Mengemaskini Harga Pakej Streamyx, TMgo Dan UniFi Dengan Penyertaan Caj GST

Pengenalan GST membuatkan pelbagai pihak mengemaskini harga tawaran perkhidmatan mereka, dan turut tidak ketinggalan adalah syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia, iaitu Telekom Malaysia. Terkini, mereka dilihat telah pun mula mengemaskini harga pakej untuk Streamyx dan juga UniFi dengan penambahan caj GST.
Seperti ramai sedia maklum, pengenalan caj GST membuatkan penyedia perkhidmatan dan produk menambah 6% ke atas penawaran mereka. Kini, dengan penambahan tersebut, pakej Unifi VIP 5 disenaraikan pada harga RM157.94, VIP10 pada harga RM210.94, dan VIP20 pada harga RM263.94. Potongan harga sebanyak RM2 diberikan untuk setiap pelanggan yang memilih pilihan autopayuntuk akaun mereka.
Telekom Malaysia UniFi GST
Untuk Streamyx pula, Telekom Malaysia menyenaraikan pakej BB Deal 1Mbps pada harga RM116.60, BB Deal 2Mbps pada harga RM137.80, BB Deal 4Mbps pada harga RM148.40 dan juga BB Deal 8Mbps pada harga RM169.60 sebulan. Semuanya hadir dengan potongan sebanyak RM2 jika pembayaran dibuat secara autopay.
Telekom Malaysia Streamyx GST
Untuk langganan TMgo – iaitu perkhidmatan tanpa-wayar daripada Telekom Malaysia pula, pihak TM membuat perubahan dengan membuat potongan data untuk tambah-nilai, dimana kini pengguna diberikan hanya 0.95GB untuk RM10, 3.30GB untuk RM30, dan 5.66GB untuk RM50. Harga permulaan dongle 4G untuk TMgo pula berharga RM121.90 untuk versi Adapter USB, dan RM333.90 untuk Mobile Router.
Bersama-sama pengenalan GST pada perkhidmatan mereka, Telekom Malaysia juga turut mengatakan mereka akan mula mengguna-pakai rekaan bil bulanan baru untuk para pelanggan mereka.